Mungkinkah berlaku gelombang kedua, ribuan pengunjung penuhi taman tema di Wuhan

Kira-kira 3,000 pengunjung dilaporkan mula beratur untuk masuk ke taman tema tersebut. (Gambar Twitter)

Seperti yang diketahui umum sejak Wuhan menamatkan perintah berkurung, ada sahaja berita perkara buruk berlaku dan dilaporkan di media sosial.

Siapa sangka Wuhan yang merupakan lokasi pertama Covid-19 ini dikesan, boleh menunjukkan tindakan berani melakukan perhimpunan beramai-ramai tanpa sebarang kegusaran jika wabak itu kembali menyerang.

Kali ini, penduduk di wilayah itu sekali lagi mencetus kebimbangan ramai, apabila sebuah taman tema dilaporkan mula beroperasi dan kini sedang dipenuhi dengan ribuan pengunjung.

Kira-kira 3,000 pengunjung dilaporkan mula beratur untuk masuk ke taman tema tersebut sejak ia dibuka.

Ini kerana kerajaan China membenarkan kehidupan di Wuhan akan kembali seperti biasa secara perlahan memandangkan pelbagai langkah sudah dilakukan untuk memerangi wabak itu.

Jelasnya sehingga kini sebanyak 5.5 juta penduduk iaitu separuh populasi Wuhan kini diuji virus tersebut dan hanya 15 kes sahaja di kesan.

Setiap ujian dikatakan hanya mengambil masa kira-kira 3 minit dan ianya percuma untuk orang ramai terutamanya golongan orang tua dan kanak-kanak.

Pegawai Wuhan percaya swab test adalah satu-satunya cara untuk memastikan pembukaan semula sekolah dan perniagaan dengan selamat.

Bagaimanapun, mereka tetap berhati-hati untuk mengelak daripadaberlakunya gelombang kedua.

Difahamkan, pengunjung yang ingin ke sana perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu dan pemeriksaan suhu badan mereka akan turut diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Bukan itu sahaja malah taman tema itu juga dibuka dengan syarat sebanyak 20% daripada semua kapasiti sahaja yang dibenarkan beroperasi buat masa ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]