Hati-hati… Meskipun dah delete, gambar dan video sebenarnya masih ada dalam telefon

Data dalam telefon pintar boleh di salah guna walaupun sudah delete oleh pihak tidak bertanggungjawab. (Gambar Rawpixel)

Telefon bimbit patut menjalani proses data “sanitisation” untuk memadam keseluruhan data yang tidak diperlukan

Berapa ramai yang suka memadamkan kesemua data seperti gambar dan video dalam telefon bimbit sebelum menjualnya kepada orang lain?

Jika ya, tahukah anda gambar dan video itu sebenarnya masih lagi ada dalam telefon bimbit dan masih lagi boleh dikembalikan dan dilihat semula?

Data recovery ini boleh dilakukan terhadap maklumat digital yang sudah dipadam, menyebabkan beberapa masalah lain boleh timbul seperti pengodaman dan juga penyebaran foto dan juga video yang tidak diizinkan ke laman-laman sosial.

Meskipun begitu, menurut pegawai eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Amiruddin Abdul Wahab, beliau mencadangkan kepada semua penjual barangan elektronik untuk menghantar barangan elektronik mereka ke CSM sebagai proses pembersihan data sepenuhnya (data sanitisation).

“Biasanya, pengguna hanya memadamkan data itu sendiri, seperti gambar dan dokumen mereka, sebelum menjual telefon pintar atau komputer mereka. Ia berbahaya kerana walaupun data telah dipadamkan, ia masih boleh dikembalikan.”

Menurut rekod, terdapat kes dimana penularan foto dan video peribadi secara atas talian, yang mana sumbernya daripada telefon bimbit dan komputer peribadi yang telah dijual.

CSM juga bertanggungjawab untuk menjalankan forensik digital bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

Misalnya tahun lalu, CSM membantu pihak polis menjejak pembunuh kucing dalam mesin dobi yang berlaku di Taman Gombak baru-baru ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]