Proses perubahan gigi wanita ini sangat dikagumi netizen

Wanita yang mempunyai masalah pada giginya sebelum ini, kini berjaya memiliki gigi yang sangat cantik seperti yang diimpikan oleh kebanyakan orang. (Gambar TikTok)

Video transformasi diri seseorang yang dihasilkan daripada gabungan gambar-gambar lama dan terkini menjaditrending di media sosial.

Walaupun terdapat banyak video yang dikongsikan, namun pasti ada di antaranya berjaya menarik perhatian orang ramai seperti video wanita ini.

Wanita yang dikenali sebagai Jaqueline Alarcao ini berjaya penampilkan perubahan yang begitu drastik sehingga meraih 15 juta tontonan di TikTok.

Sebelum dan selepas berkahwin dengan seorang doktor gigi

Video yang disertakan dengan caption yang cukup “menarik” menunjukkan wanita itu mempunyai masalah pada giginya sebelum ini dan kini berjaya memiliki gigi yang sangat cantik seperti yang diimpikan oleh kebanyakan orang.

Ramai yang merasa kagum!

Selain memperoleh banyak tontonan, video itu juga dikatakan memberi inspirasi kepada ramai orang sehingga mendapat banyak komen-komen berbentuk pujian.

Bukan itu sahaja, seorang pakar bedah kosmetik juga turut membuat perkongsian mengenai video tersebut di laman sosialnya dan disertakan dengan pujian mengenai “karya” itu yang dibuat oleh “suaminya”.

Bagaimanapun, video ini dikatakan sebuah transformasi palsu yang direka oleh Jaqueline sendiri dan dianggap sebagai gurauan.

Dia turut mengakui bahawa dia memakai satu set gigi palsu dalam video itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]