Kreatif… Thailand perkenal lif guna pedal kaki elak sebar Covid-19!

Thailand perkenal pedal kaki bagi menggantikan butang pada lif seperti kelazimannya bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19. 

Sebuah pusat membeli-belah di Thailand memperkenalkan pedal kaki bagi menggantikan butang pada lif seperti kelazimannya bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

Inovasi itu mendapat pujian bukan sahaja di kalangan pelanggan pusat membeli-belah tersebut, malah menarik perhatian seluruh dunia.

Video yang dimuat naik oleh Reuters itu turut mendapat perkongsian yang banyak meskipun hanya beberapa jam disiarkan.

Lif ini diperkenalkan di Seacon Square ketika pusat-pusat beli-belah mula dibuka semula di seluruh Thailand, selepas sekatan membendung penularan Covid-19 mula dilonggarkan.

Warga net yang menonton rakaman video berkenaan turut berharap agar sistem tersebut dapat diperkenalkan lagi secara meluas, terutama ketika dunia menjalani kehidupan dalam norma baru ketika ini berikutan pandemik Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini mengingatkan agar seluruh dunia bersiap sedia bagi menjalani norma baharu dalam kehidupan seharian.

Ia berikutan pengeluaran vaksin bagi membendung Covid-19 masih memerlukan masa untuk disiapkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]