Makmal Wuhan akui ada 3 virus berkaitan kelawar tapi bukan ‘strain’ Covid-19

Ada bukti yang mengaitkan bahawa Covid-19 berasal dari makmal di Wuhan. (Gambar AP)

Institut Virologi Wuhan (IVW) mengakui mempunyai 3 jenis atau strain Covid-19 didapati daripada kelawar di makmalnya.

Bagaimanapun, ia berbeza dengan jenis atau strain koronavirus yang melanda dunia ketika ini.

Ia diakui oleh pengarahnya dalam satu temu bual yang direkodkan pada 13 Mei lalu tetapi disiarkan stesen penyiaran tempatan, CGTV, pada Sabtu lepas

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa virus berkenaan dihasilkan di makmal IVW.

“Kita memiliki 3 jenis atau strain Covid-19… tetapi persamaan dengan SARS-CoV-2 hanya 79.8%,” katanya merujuk kepada koronavirus yang menyebabkan Covid-19.

SARS-CoV-2 adalah nama lain bagi Covid-19.

Salah satu pasukan penyelidik di institut itu yang diketuai oleh Prof Shi Zhengli sudah melakukan kejadian mengenai koronavirus daripada kelawar sejak 2004.

Bagaimanapun, kajian itu menumpukan kepada sumber penyebaran SARS, koronavirus yang menyebabkan wabak dua dekad lalu.

“Kita tahu bahawa penjujukan DNA bagi SARS-CoV-2 adalah 80 peratus sama dengan SARS. Oleh itu, ia sama sekali berbeza,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendakwa ada bukti yang mengaitkan bahawa Covid-19 berasal dari makmal di Wuhan.

Ia dinafikan oleh China, manakala Pertubuhan Kesihana Sedunia (WHO) berkata, tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]