Gara-gara percaya bomoh bayi 5 bulan maut selepas minum darah penyu

Konon percaya cakap bomoh darah penyu mampu hindari daripada dijangkiti Covid-19 bayi maut, keluarga kritikal.

Gara-gara percaya dengan benda karut seorang bayi 5 bulan maut.

Ia berlaku selepas bayi itu meminum darah penyu yang didakwa mampu melindunginya dari virus Covid-19.

Media tempatan di Republik Dominika melaporkan, kedua ibu bapa dan kakaknya yang berusia 7 tahun kritikal dan dimasukkan ke hospital setelah turut meminum darah haiwan itu yang dipercayai sebagai ramuan mengubati penyakit Covid-19.

Ia dikatakan disyorkan kepada mereka oleh seorang “bomoh” dari Haiti.

Bayi itu dilaporkan meninggal dunia ketika sampai di hospital Rosa Duarte di Comendador.

Ahli keluarganya kini dikatakan berada di dalam keadaan serius tetapi stabil.

Namun bayi perempuan itu dilaporkan sudah meninggal dunia 4 hari.

Pengarah Hospital Dahiana Volquez dipetik, kes-kes seperti ini disebabkan oleh sesetengah individu yang menganggap ramuan seperti ini mampu menyembuhkan sesuatu penyakit, tetapi sebaliknya ia boleh mematikan.

Comendador adalah sebuah kawasan perbandaran di wilayah Elias Pina di perbatasan antara Republik Dominika dan Haiti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]