Tahukah anda rupa sebenar pokok wasabi?

Pokok wasabi banyak ditanam di Jepun dan sering dijadikan bahan dalam masakan. (Gambar Japan Guide)

Penggemar makanan Jepun tentunya kenal dengan wasabi.

Ia sejenis makanan berwarna hijau yang selalunya dijadikan sos pencicah dan dimakan bersama sushi.

Tapi tahukah anda wasabi tu diperbuat daripada apa?

Sebenarnya wasabi dihasilkan daripada bahagian akar pokok dan pokok wasabi ialah sejenis herba Jepun.

Ada yang kurang menggemari wasabi kerana rasanya yang pedas, tajam dan kuat.

Tetapi tak kurang juga yang menyukainya untuk menyeimbangkan rasa hanyir sushi.

Wasabi sebenarnya antara tumbuhan yang susah untuk ditanam.

Selain mengambil masa setahun 3 bulan untuk matang, wasabi sangat sensitif dengan cuaca dan perlukan air yang banyak untuk terus hidup.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]