Ratu Elizabeth II buat kemunculan pertama sejak perintah berkurung di Britain

Ratu Elizabeth II menunggang kuda yang diberi nama Fell Pony yang berusia 14 tahun di kediamannya di Windsor Castle. (Gambar AP)

Ratu Elizabeth II membuat kemunculan buat pertama kalinya sejak perintah berkurung di Britain dikuatkuasakan bagi mengatasi wabak Covid-19.

Baginda dilihat menunggang kuda yang diberi nama Fell Pony yang berusia 14 tahun di kediamannya di Windsor Castle.

Kawasan Windsor adalah lokasi kegemaran Baginda, yang juga dikenali merupakan seorang pencinta kuda.

Kali terakhir Ratu Elizabeth II dilihat di khalayak ramai adalah ketika Baginda dibawa dari Istana Buckingham di London ke kediamannya di Windsor.

Sejak penampilan terakhirnya, Baginda menunda tugas-tugas rasmi dan melakukan mesyuarat mingguannya dengan Perdana Menteri, UK Boris Johnson melalui panggilan video.

Baginda juga membuat 2 kemunculan di televisyen sebelum ini dalam memberi ucapan kepada masyarakat tentang kebimbangan tentang Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]