Ganggu rantaian makanan… Tindakan lelaki selamatkan rusa daripada ditelan ular sawa dikecam!

Gara-gara tindakan selamatkan rusa daripada ditelan ular sama mendapat kecaman netizen. (Gambar Twitter)

Gara-gara tindakan seorang lelaki yang mahu menyelamatkan seekor rusa daripada ditelan ular sawa mengundang kecaman netizen.

Sebuah video yang menunjukkan lelaki itu berusaha membantu seekor rusa melepaskan diri daripada belitan seekor ular sawa di sebuah zoo terbuka di Khao Kheow, daerah Sri Racha menjadi tular di Twitter.

Daripada menerima pujian sebaliknya lelaki tersebut dikritik disebabkan netizen berpendapat lelaki terbabit mengganggu kejadian semula jadi haiwan berkenaan.

“Wajar bagi haiwan untuk memakan haiwan lain dan manusia tidak boleh masuk campur,” kata @JKitirat.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa tindakan lelaki itu adalah langkah yang betul untuk menyelamatkan nyawa rusa tersebut.

“Sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini, kita perlu bantu. Jangan lihat dari sudut ia kehidupan normal haiwan liar, sebaliknya lihat dari segi membantu seekor haiwan yang bakal kehilangan nyawa,” kata @TarotYouuuu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]