500 sekolah di Korea Selatan ditutup semula selepas kes naik mendadak

500 sekolah dibuka seperti biasa diarahkan tutup semula selepas mengenal pasti rekod kluster baru lebih 100 kes di Buncheon. (Gambar AP)

Perintah kawalan pergerakan bersyarat, PKPB mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Bagaimanapun keputusan sama ada sesi persekolahan akan dibuka tak lama lagi atau pun tidak, masih menjadi tanda tanya kebanyakan ibu bapa di Malaysia.

Malah sebelum ini Menteri Pendidikan ada mengatakan yang sekolah mungkin akan dibuka untuk peperiksaan pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja manakala hanya 17 pelajar saja dibenarkan dalam satu kelas.

Namun negara-negara lain seperti China dan Korea Selatan sudah pun membenarkan pelajar-pelajar sekolah untuk kembali ke sekolah seperti biasa.

Keputusan ini dibuat selepas bilangan kes baru kekal terkawal.

Bagaimanapun menurut laporan CNN, Korea Selatan yang membenarkan lebih 500 sekolah dibuka seperti biasa diarahkan tutup semula selepas mengenal pasti rekod kluster baru di Buncheon.

Kluster baru ini merekodkan lebih 100 kes Covid-19.

Menurut Naib Menteri Kesihatan Korea Selatan, Kim Gang-lip, lebih 3,836 orang dari 4,351 pekerja disaring oleh pegawai kesihatan.

Kebanyakan pelajar pula diarahkan untuk belajar di rumah semula buat sementara waktu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]