Itali tarik balik sekatan perjalanan

Itali menarik balik beberapa sekatan yang dikenakan susulan wabak Covid-19. (Gambar AP)

ROM: Itali pada Rabu menarik balik beberapa lagi sekatan yang dikenakan berikutan wabak Covid-19, membolehkan penduduk bebas bergerak dan warga Schengen serta United Kingdom (UK) mengunjungi negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Di bawah pakej baru yang diumum kerajaan Itali pada 4 Mei lalu, antara lain membolehkan sektor pembinaan dan pembuatan dibuka semula.

Pada 18 Mei pula kedai runcit dan salun dandanan rambut dibenar dibuka selain bar serta restoran mula beroperasi sepenuhnya.

Larangan terakhir ialah sekatan pergerakan antara wilayah kecuali kepada mereka yang memiliki sijil kebenaran untuk rentas wilayah.

Larangan perhimpunan dan acara awam masih berkuat kuasa. Sementara, panggung wayang dan teater dibuka semula mulai 15 Jun.