Jepun wujudkan peraturan larang guna telefon sambil berjalan

Peraturan larangan menggunakan telefon sambil berjalan akan disampaikan menerusi poster dan mesej bermula bulan hadapan di Jepun. (Gambar AP)

Sebuah bandar berhampiran Tokyo, Jepun bakal mewujudkan undang-undang dimana melarang orang ramai daripada menggunakan telefon pintar ketika sedang berjalan.

Undang-undang ini bagi memastikan tiada kemalangan berlaku ketika sedang berjalan kaki, khususnya di kawasan populasi tinggi.

Menurut seorang pegawai perbandaran Yamato, Masaaki Yasumi, peraturan berkenaan akan menjadi larangan pertama seumpanya di Jepun, meskipun tiada sebarang hukuman atau denda dikenakan keatas mereka yang masih ingkar.

Peraturan itu juga akan disampaikan menerusi poster dan mesej bermula bulan hadapan.

Menurut kajian oleh NTT Docomo pada 2014, jarak penglihatan seseorang akan berkurang sebanyak 5% jika melihat kearah skrin telefon ketika sedang berjalan kaki.

Malah ada juga kes dimana individu yang menggunakan telefon pintar sambil membawa basikal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]