Lebih 400 positif Covid-19 di 4 depot tahanan imigresen

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 466 kes positif Covid-19 di 4 depot tahanan imigresen (DTI) setakat ini.

Daripada jumlah itu, 338 kes dikesan di DTI Bukit Jalil daripada 1,545 sampel yang diambil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ini diikuti 66 kes di DTI Semenyih daripada 1,785 sampel, 60 kes di DTI Sepang daripada 1,477 sampel, dan 2 kes di DTI Putrajaya daripada 101 sampel.

Daripada keseluruhan 4,908 sampel yang diambil, sebanyak 1,175 menunggu keputusan.

Pecahan kes positif Covid-19 dalam kalangan warga asing di DTI adalah seperti berikut:

  • 123 kes warga India
  • 108 kes warga Bangladesh
  • 76 kes warga Indonesia
  • 66 kes warga Myanmar
  • 45 kes warga Pakistan
  • 18 kes warga China
  • 7 kes warga Sri Lanka
  • 5 kes warga Nepal
  • 4 kes warga Kemboja
  • 3 kes warga Filipina
  • 2 kes warga Mesir
  • 1 kes masing-masing daripada negara Laos, Nigeria, Libya, dan Syria
  • 4 kes masih dalam tindakan kemas kini data.