Tukang gunting rambut di India pakai PPE sebelum beri perkhidmatan

Sebuah kedai gunting di India mewajibkan tukang gunting mereka untuk memakai PPE seperti yang dipakai oleh frontliners untuk menggunting rambut pelanggan. (Gambar Facebook)

Sehingga kini, kedai gunting rambut dan salon di Malaysia masih lagi belum dibenarkan untuk beroperasi.

Ini kerana tempat tersebut dilihat mempunyai risiko yang tinggi untuk sebarkan atau dijangkiti Covid-19 disebabkan sentuhan rapat yang diperlukan ketika memotong rambut.

Bagaimanapun berdasarkan laporan South China Morning Post, sebuah kedai gunting di India mewajibkan tukang gunting mereka untuk memakai personal protective equipment (PPE) seperti yang dipakai oleh frontliners untuk menggunting rambut pelanggan.

Tindakan tersebut diambil setelah kerajaan negara itu membenarkan “barbershop” untuk beroperasi semula setelah 2 bulan “lockdown”.

Suhu badan pelanggan juga akan diperiksa terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam kedai serta penggunaan “hand sanitizer” sebelum masuk.

Pemakaian PPE ini dibuat selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan di India.

Malah bukan itu sahaja, kedudukan juga dijarakkan dengan meletak kerusi di tengah-tengah.

Rata-rata rakyat India berpuas hati kerana mereka merasa selamat untuk menggunakan perkhidmatan di kedai terbabit.

Namun persoalannya “barber” itu mungkin selamat kerana lengkap dengan pemakaian PPE, namun bagaimana pula pelanggan yang tetap terdedah kepada risiko jangkitan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]