Kejar populariti di TikTok… Ibu tergamak tuang susu atas kepala anak

Tindakan wanita sambil menari dengan mencurahkan air susu ke atas kepala anaknya menyebabkan kanak-kanak itu menangis kebingungan dikecam. (Gambar Twitter)

Gara-gara mahu popular seorang wanita dikecam selepas satu video TikTok miliknya tular.

Menerusi video itu, dia sedang menari sebelum mencurahkan air susu ke atas kepala anaknya.

Akibat perbuatan itu, tubuh kanak-kanak berkenaan dipenuhi dengan susu dan menangis kebingungan.

Keadaan bertambah teruk apabila video dari aplikasi itu turut dikongsi semula secara meluas di laman Twitter.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu yang disifatkan tidak beretika dan biadab.

“Sedih lihat anak dilayan sebegini. Di mana nilai mereka?

‘”Jijik. Kasihan kanak-kanak itu. Kamu patut dilaporkan kepada pihak berkuasa,” tulis beberapa netizen.

Namun, ada juga yang mempertahankan tindakan itu memandangkan ia sekadar gurauan dan hanya menggunakan susu sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]