PKPB: DBKL arah tapak pembinaan di Bukit Kiara henti kerja
Tindakan kompaun di bawah Seksyen 70 (13) (d) Akta Jalan Parit Bangunan dan Arahan Henti Kerja dikenakan terhadap pemaju.
KUALA LUMPUR: Sebuah tapak pembinaan di Jalan Bukit Kiara 1 di sini, diarah menghentikan kerja serta-merta susulan aktiviti yang dijalankan oleh kontraktor pembinaan di lokasi berkenaan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan menerusi Operasi Pantau Covid-19 Kawalan Tapak Bina yang dijalankan pada 10.30 malam tadi, mendapati terdapat aktiviti pembinaan sedang dijalankan oleh kontraktor terbabit.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Kenyataan itu menyebut tindakan kompaun di bawah Seksyen 70 (13) (d) Akta Jalan Parit Bangunan dan Arahan Henti Kerja telah dikenakan terhadap pemaju berkenaan.