Viral gajah bunting mati diberi nanas mercun sebenarnya disasarkan ke babi hutan rosakkan tanaman

Tiada siapa tergamak untuk bunuh gajah yang sedang bunting dan gajah itu sebenarnya terjumpa nanas tersebut dan makan tanpa mengetahui malang yang akan menimpa. (Gambar Facebook)

Beberapa hari lepas pencinta haiwan dikejutkan dengan berita menyayat hati tentang seekor gajah mati berdiri lepas dia makan nanas berisi mercun oleh penduduk kampung di Kerala, India.

Insiden ini menyebabkan ramai orang di seluruh dunia marah dan sedih dengan nasib gajah malang itu.

Menurut The News Minute, Perlindungan Haiwan Dunia ada menghantar surat kepada Menteri Kesatuan Persekitaran, Prakash Javadekar, Ketua Menteri Kerala Pinaravi Vijayan dan pihak berkuasa tempatan meminta tindakan tegas dibuat terhadap suspek-suspek tersebut.

Bagaimanapun hasil siasatan mendapati, apa yang berlaku terhadap gajah itu bukanlah seperti apa yang dilaporkan.

Tidak ada manusia yang tergamak untuk membunuh apa jua haiwan yang sedang bunting dan gajah itu sebenarnya terjumpa nanas tersebut dan makan tanpa mengetahui malang yang akan menimpa dirinya.

Seorang Pegawai Perhutanan India memberitahu, nanas tersebut sebenarnya dibuat untuk babi hutan yang memusnahkan banyak harta benda penduduk di sana.

Walaupun ia tetap kejam kerana berniat membunuh haiwan meskipun ia babi hutan namun mereka tiada pilihan sebab.

“Sesetengah orang akan buat perkara yang tak masuk akal seperti ini jika mereka rasa binatang buas jadi ancaman terhadap harta dan nyawa. Insiden ini selalu terjadi di tempat haiwan buas buat masalah kepada manusia.”

Namun apa yang lebih menyedihkan apabila kejadian ini dipolitikkan dan didakwa ada kaitan dengan orang Islam.

Salah seorang ahli BJP iaitu parti yang memerintah, Maneka Sanjay Gandhi dengan sengaja menuduh dan menimbulkan kebencian di kalangan penduduk dengan mengatakan yang Malappuram ialah “negeri paling ganas terhadap kekejaman haiwan”.

Disebabkan Mallapuram merupakan negeri yang penduduknya majoriti orang Islam, tweet dari ahli politik ini menimbulkan kemarahan orang termasuk orang-orang dalam partinya dan mengatakan yang Maneka ini Islamofobia.

Bagaimanapun salah seorang pengguna Twitter turut memperbetulkan tweet Maneka dan mengatakan yang insiden ini bukan terjadi di Malappuram, tapi di Palakkad.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]