Meghan Markle bersuara isu kematian George Floyd

Isteri kepada Putera Harry itu menyifatkan kematian Floyd sebagai suatu yang amat mengecewakan.

Susulan kematian George Floyd hingga menyebabkan berlakunya rusuhan perkauman di Amerika Syarikat, Meghan Markle turut menyuarakan pendapatnya.

Isteri kepada Putera Harry itu menyifatkan kematian Floyd sebagai suatu yang amat mengecewakan.

Sehubungan itu dia menggesa semua pihak agar tidak terus berdiam diri kerana isu kehilangan nyawa George Floyd bukanlah satu perkara kecil.

Markle berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan bagi upacara graduasi maya penuntut Immaculate Heart High School, yang juga merupakan tempat dia pernah bersekolah.

Markle, yang ibunya juga merupakan warga Amerika Syarikat berkulit hitam, turut menyebut beberapa nama individu berkulit hitam yang pernah menjadi mangsa kekejaman kaum di negara tersebut seperti Breonna Taylor, Philando Castile dan Tamir Rice.

“Saya terkilan anda (pelajar) membesar ketika kekejaman ini masih berlaku.

“Saya yakin anda tahu nyawa kaum kulit hitam juga penting. Suara anda diperlukan dan saya menyokong anda.”

Protes berterusan berlaku di beberapa bandar di AS selepas kematian Floyd berusia 46 tahun.

Peguam itu maut selepas seorang anggota polis, Derek Chauvin, menekan lutut di lehernya selama beberapa minit dalam kejadian di Minneapolis, Minnesota.

Manakala 3 lagi pegawai polis didakwa pada Rabu lalu selepas 5 hari tuduhan dikenakan ke atas Derek Chauvin.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]