‘Pekan Hantu’ tenggelam sejak 1994 bakal dibuka semula untuk pelancongan

Struktur bangunan di pekan ini seperti rumah, kubur, jambatan dan gereja masih dalam keadaan baik walaupun terendam lama di tasik Vagli. (Gambar Twitter)

Sebagai salah satu negara Eropah yang paling terkesan akibat Covid-19, kerajaan Itali akan membuka semula “Pekan Hantu” Fabbriche di Careggine di Tuscany sebagai salah satu usaha untuk menarik pelancong ke wilayah tersebut.

Pekan yang wujud pada kurun ke-12 ini berada di bawah air sejak 26 tahun yang lalu akan kembali disinari matahari tidak lama lagi.

Perkampungan Fabbriche di Careggine ini telah ditenggelami air pada 1946 untuk memberi laluan kepada empangan hidro elektrik untuk tasik Vagli, berdasarkan info daripada badan pelancongan Itali.

Menariknya, struktur bangunan di pekan ini seperti rumah, kubur, jambatan dan gereja masih dalam keadaan baik walaupun terendam lama di tasik Vagli.

Selepas 1946, hanya 4 kali pekan ini muncul semula; 1958, 1974, 1983 dan 1994 untuk tujuan maintenance empangan tersebut.

Pekan ini dijangka akan dibuka tahun hadapan dan bakal dijadikan tarikan pelancongan kerana ramai yang sangat berminat untuk melihat pekan ini secara dekat.

Salah satu lokasi dalam permainan video Dark Souls dikatakan menjadikan pekan ini sebagai sumber rujukan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]