Sebak, urus jenazah bapa meninggal akibat Covid-19 sendirian

Seorang pemuda di India bersedih atas kematian bapanya akibat Covid-19 malah terpaksa uruskan sendirian. (Gambar Twitter)

Kadar kematian akibat Covid-19 di beberapa negara luar seperti Iran, Sepanyol dan India kini masih lagi tinggi.

Sehingga kini kematian diperingkat global sudah pun mencecah 393 ribu dengan 6.7 juta orang positif Covid-19.

Dalam menguruskan jenazah yang meninggal akibat Covid-19, terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi agar ia tidak menjangkiti orang lain.

Mereka yang terlibat dengan urusan pengebumian juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai langkah keselamatan.

Baru-baru ini, tular beberapa foto menunjukkan seorang pemuda di India yang bersedih atas kematian bapanya akibat Covid-19.

Lelaki berkenaan dilaporkan hanya satu-satunya waris yang dibenarkan menguruskan jenazah bapanya dengan kebenaran daripada pasukan perubatan yang bertugas.

Semasa urusan pengebumian bapanya yang meninggal akibat wabak itu, tiada ahli keluarga dan jiran-jiran yang dapat hadir membantu.

India tidak membenarkan ahli keluarga mahu pun saudara mara untuk terlibat dalam urusan pengebumian, melainkan mendapat kebenaran daripada pasukan perubatan yang bertugas.

Ini adalah kerana keadaan yang semakin memudaratkan di sana selain SOP yang perlu dipatuhi.

Dapat dilihat menerusi foto yang dikongsikan, betapa pilunya wajah seorang anak apabila hanya dia seorang sahaja yang dibenarkan mengiringi jenazah ayahnya di tanah perkuburan.

Gambar tersebut tular selepas dikongsikan oleh media antarabangsa di mana rata-ratanya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan lelaki itu menghadapi dugaan ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]