3 daerah di Sarawak diisytihar zon hijau

KUCHING: Tiga daerah di Sarawak kini bertukar status dari zon kuning kepada zon hijau setelah 14 hari tiada kes positif Covid-19 dicatatkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan 3 daerah tersebut ialah Tanjung Manis, Bintulu dan Serian.

“Dengan perubahan ini, jumlah daerah berstatus kuning setakat hari ini ialah sebanyak 3 dan daerah berstatus hijau ialah sebanyak 37,” menurut jawatankuasa itu.

Untuk rekod, hari ini Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 555 kes.