32,033 kes positif Covid-19 di Indonesia, 1,883 kematian

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 32,033, manakala 14,010 pesakit masih dalam pemantauan. (Gambar AP)

JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 32,000 dengan jumlah kematian sebanyak 1,883 orang.

Menurut jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 847 tambahan kes positif baru dan 32 lagi kematian berlaku.

“Kes positif kini berjumlah 32,033, manakala sebanyak 14,010 pesakit masih dalam pemantauan,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Menurut Achmad Yurianto, bagi tempoh 24 jam juga, seramai 406 pesakit sembuh, menjadikan mereka yang sembuh sehingga kini berjumlah 10,904 orang.