Kajian, lelaki botak berisiko tinggi dijangkiti Covid-19

Saintis berpendapat androgen iaitu hormon seks lelaki boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

Kajian terbaru menunjukkan lelaki botak berisiko tinggi mengalami gejala Covid-19 yang serius.

Ketua kajian yang dijalankan di Sepanyol itu berkata dia percaya kebotakan “ramalan sempurna” kepada tahap keseriusan pesakit yang menderita akibat jangkitan tersebut.

Profesor Carlos Wambier dari Brown University menjalankan 2 kajian di Sepanyol yang mendapati sebilangan besar lelaki botak dikejarkan ke hospital akibat Covid-19.

Kajian pertama mendapati 71% daripada 41 pesakit dirawat akibat Covid-19 di beberapa hospital di Sepanyol merupakan lelaki botak berusia dalam lingkungan 31 tahun.

Kajian kedua pula yang diterbitkan dalam Jurnal Akademi Dermatologi Amerika mendapati 79% daripada 122 pesakit Covid-19 di hospital Madrid adalah lelaki botak.

Saintis berpendapat androgen iaitu hormon seks lelaki boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

Profedor Wambier memberitahu Telegraph: “Kami fikir androgen atau hormon lelaki merupakan pintu laluan virus memasuki sel kita.”

Namun Ketua Polisi Kanser Prostat UK, Karen Stalbow berpendapat lebih banyak bukti diperlukan sebelum ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk merawat Covid-19.

Tinjauan oleh Kesihatan Awam England mengenai perbezaan risiko dan hasil Covid-19 minggu ini, mengenal pasti umur dan jantina lelaki sebagai faktor risiko yang signifikan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]