Kanak-kanak pakai kostum angkawasan elak Covid-19 di lapangan terbang

Netizen terhibur melihat seorang seorang kanak-kanak memakai pakaian angkasawan di sebuah lapangan terbang di China. (Gambar Twitter)

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat menyaksikan pelbagai langkah diambil orang ramai dalam mengurangkan risiko jangkitannya.

Selain pemakaian topeng hidung dan mulut serta sarung tangan, ada juga yang tampil esktra dengan pakaian perlindungan khas (PPE) termasuklah kostum-kostum pelik.

Apa yang berlaku di sebuah lapangan terbang di China membuatkan netizen terhibur apabila seorang kanak-kanak dilihat memakai pakaian angkasawan.

Dia dilihat sedang berjalan dengan ibunya sebelum melepasi kawasan pemeriksaan kesihatan.

Video comel itu turut dikongsi meluas di internet dan menarik perhatian ramai.

Dalam pada itu, jurucakap lapangan terbang tersebut berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang larangan terhadap pemakaian kostum sedemikian.

Ujarnya, pengguna lapangan terbang berhak memakai apa sahaja asalkan ia tidak membahayakan pengguna orang lain.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]