Suka pakai baju merah antara 9 ciri-ciri lelaki idaman wanita

Antara 9 ciri lelaki idaman wanita termasuklah lelaki yang suka pakai baju merah. (Gambar Freepik)

Banyak ciri-ciri yang perlu ada pada lelaki kalau nak menambat hati perempuan.

Ada perempuan suka lelaki yang kemas, ada yang suka lelaki macam “messy” sikit.

9 ciri ini antara yang ramai perempuan suka pada lelaki.

1. Lelaki yang bekerjaya dalam badan beruniform

Salah satu benda yang menarik perhatian perempuan adalah mereka yang berkerja dalam badan beruniform. Seperti bomba, polis dan askar.

2. Mempunyai haiwan peliharaan

Ada satu kajian dari sebuah universiti yang menunjukkan lelaki yang mempunyai haiwan perliharaan lebih menarik perhatian wanita. Jadi, anda yang dah lama single tu dah boleh mula fikir nak bela haiwan apa.

3. Pakai baju yang mempunyai huruf T

Mungkin fakta ini agak pelik tapi kajian dari Nottingham Trent University ini menunjukkan lelaki yang memakai baju yang mempunyai huruf T lebih menarik perhatian perempuan. Maka, anda dah boleh serbu kedai t-shirt dan cari baju yang ada huruf T.

Perempuan sukakan lelaki yang sombong yang tak mudah cair dengan perempuan.

4. George Clooney effect

Sebenarnya perempuan lebih tertarik pada lelaki yang lebih berusia. Sebab lelaki yang berusia ni lebih kukuh dari segi kewangan dan sebagainya.

5. Sombong dan “jual mahal” sikit

Sebenarnya perempuan sukakan lelaki yang sombong. Tapi sombong dekat sini bermaksud yang tak mudah cair dengan perempuan. Maknanya, awal-awal dating tu anda jangan gelojoh sangat. Tunjukkan yang anda seorang gentleman.

6. Bukan bersifat kebudak-budakan

Kajian dari Universiti of Columbia menunjukkan perempuan lebih tertarik pada lelaki yang lebih powerful, proud dan bukan jenis happy-go-lucky. Jadi, mereka yang bersifat kebudak-budakkan tu boleh lah perlahan-lahan mengubah sikap anda untuk tidak kekal single selama-lamanya.

7. Mempunyai suara yang garau dan macho

Memang tak dinafikan lelaki yang mempunyai suara yang garau lebih menarik daripada lelaki yang bersuara biasa. Kajian juga menunjukkan lelaki yang bersuara garau ni lebih seksi.

8. Pakai baju warna merah

Selain melambangkan keberanian, warna merah juga mampu menarik perhatian orang lain. Ia dibuktikan menerusi satu kajian oleh University of Rochester yang membuat perbandingan antara beberapa warna pakaian lelaki terhadap pemerhatian wanita. Jadi, lelaki yang memakai baju berwarna merah lebih menarik perhatian wanita.

9. Gambar yang melambangkan high-status

Perempuan suka akan lelaki yang mempunyai gambar-gambar yang melambangkan high-status. Macam bergambar dengan kereta mewah atau jam mewah atau apa-apa sahaja yang nampak mewah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]