Pelbagai kenangan pahit dan manis sepanjang 84 hari rakyat Malaysia hidup dalam PKP

Hari ini 10 Jun berakhirlah fasa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan bermulalah fasa pemulihan (PKPP) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sehingga 31 Ogos nanti.

Tidak dinafikan sepanjang PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lalu banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui semua orang.

  • Fasa 1: 18 Mac – 31 Mac 2020 (PKP)
  • Fasa 2: 01 April – 14 Apr 2020 (PKP)
  • Fasa 3: 15 April – 28 Apr 2020 (PKP)
  • Fasa 4: 29 April – 12 Mei 2020 (PKP)
  • Fasa 5: 13 Mei – 09 Jun 2020 (PKPB)
  • Fasa 6: 10 Jun – 31 Ogos 2020 (PKPP)

*(PKP) – Perintah Kawalan Pergerakan
*(PKPB) – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Bayangkanlah selama ini tidak pernah duduk di rumah sepenuhnya untuk 24 jam tapi disebabkan usaha kerajaan mahu memutuskan rantaian pandemik Covid-19, semua diwajibkan duduk di rumah hampir 2 bulan.

Meskipun dibenarkan keluar membeli barang keperluan makanan tetapi hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

Malah perjalanan yang dibenarkan pula tidak lebih daripada 10km dan jika sesiapa melanggar arahan ini akan dikompaun sehingga RM1,000.

Selain saluran tv menjadi peneman, laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram juga menjadi tatapan semua orang setiap masa bagi berkongsi idea dan aktiviti menyeronokkan yang dibuat sepanjang tempoh PKP.

Berikut senarai kenangan, aktiviti dan kejadian yang tidak akan dilupakan sepanjang tempoh PKP atau lebih tepat bakal menjadi sejarah tersendiri di saat semua berdepan cabaran wabak Covid-19.

1. Berebut roti gardenia sehingga sesetengah kedai terpaksa menghadkan pembeliannya kepada 2 bungkus sahaja setiap orang.

2. Semua mula mencuba menghasilkan air dalgona pelbagai perisa.

3. Ucapan Muhyiddin yang mengulangi ayat “ke sana-ke sini” dijadikan lagu dalam video. Malah dia turut digelar “abah” selepas ucapannya dilihat lebih kepada nasihat seorang bapa kepada anak-anaknya yang ramai.

4. Bila semua orang mula mencuba hendak menjadi chef dan ada yang masak tak jadi, keluar pula FB page “Masak Apa Tak Jadi”. Ia menjadi lebih popular selepas Muhyiddin menyebut dalam salah satu ucapannya.

5. Tidak pernah seumur hidup harga minyak jatuh sehingga RM1.25 seliter

6. Tidak dibenarkan solat Jumaat, solat terawih sepanjang tempoh PKP.

7. Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga harus dibatalkan dan diganti dengan nikah online.

9. Kekurangan stok topeng hidung dan mulut, PPE dan sarung tangan untuk kegunaan mereka di barisan hadapan.

10. Sugu Pavithra menjadi popular dengan video masakannya secara bersahaja dan berjaya menambat hati semua lapisan masyarakat.

11. Semua syarikat penghantaran menjadi sibuk apabila barang yang dibeli menerusi online meningkat berlipat ganda.

12. Paling menyedihkan sambutan Hari Raya hanya boleh sambut sehari sahaja dengan kunjungan ahli keluarga tidak lebih 20 orang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]