Macam hadiri seminar tapi inilah norma baru penduduk di Belanda berhibur di kelab!

Lihatlah cara mereka berhibur, tetap “behave” dan nampak mereka cuma mahu menikmati muzik yang dimainkan sambil melepaskan stress duduk rumah masing-masing. (Gambar Reuters)

Sejak Covid-19 menyerang dunia, semua diperintahkan untuk berkurung atau “stay at home” untuk berbulan lamanya.

Sudah pasti ia membuatkan semua orang bosan kerana asyik terperuk dalam rumah.

Tetapi sejak kebelakangan ini, kes Covid menunjukkan penurunan di beberapa buah negara, dan kebanyakkannya telah melonggarkan syarat dan membenarkan sebilangan premis untuk beroperasi semula.

Di Kota Nijmegan Belanda, sebuah kelab malam dibenarkan kembali dibuka sejak sabtu lepas.

Namun dengan syarat, masih lagi mengekalkan jarak 1m dengan menyediakan kerusi untuk mereka duduk.

Anda boleh tengok apa yang kelab malam tu lakukan dah macam pergi seminar pulak tengok mereka dalam keadaan seperti itu.

Lihatlah cara mereka berhibur, tetap “behave” dan nampak mereka cuma mahu menikmati muzik yang dimainkan sambil melepaskan stress duduk rumah masing-masing.

Pada awalnya, mereka mahu membiarkan pelanggan menari sambil berdiri cuma masih mengekalkan jarak, tetapi kerajaan Belanda menetapkan syarat untuk menyediakan kerusi kepada pelanggan.

Mereka turut mengubah waktu beroperasi yang sebelum ini hanya pada lewat malam ditukar kepada siang hari.

Mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan stress bagi mereka disamping dapat berhibur tetap mengekalkan jarak antara satu sama lain.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]