Mencuit hati… 2 beradik guna kereta mainan beli makanan di pandu lalu

Disebabkan terlalu bosan 2 beradik ambil keputusan guna kereta mainan untuk beli makanan di kaunter pandu lalu. (Gambar Twitter)

Semestinya arahan perintah berkurung membuatkan semua orang bosan di rumah.

Namun semua orang terpaksa akur dan tiada pilihan melainkan duduk di rumah 24 jam dan cuba mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah.

Namun apa yang dilakukan 2 beradik ini ternyata mencuit hati sesiapa sahaja yang melihat.

Dek gara-gara terlampau bosan berada di rumah, mereka mengambil keputusan di luar akal pemikiran untuk memesan burger secara pandu lalu dengan menaiki kereta mainan!

Pada awalnya, mereka bercadang untuk hanya pergi secara bersendirian dan meminjam kereta mainan itu daripada pengasuh mereka, kerana ibu mereka tidak mahu membawa mereka membeli burger sebab takut ramai orang.

Tetapi, ibunya kemudian bersetuju dan membenarkan mereka menaiki kereta mainan tersebut sambil ditemani olehnya.

Sepanjang perjalanan tersebut, ibunya hanya merakam gelagat anak-anaknya.

Menurut FoxNews ibunya tidak menyangka anak-anaknya itu benar-benar akan melakukannya walaupun keadaan ketika itu tengah hujan.

Apa yang lebih menarik, kehadiran 2 beradik yang secara spontan dan santai menaiki kereta mainan ini mengejutkan pekerja di bahagian pandu lalu itu.

Malah disebabkan kegigihan mereka dan berjaya mencuit hati pekerja itu membuatkan pekerja tersebut hanya memberikan makanan yang mereka idamkan itu secara percuma!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]