5 tip halau cicak daripada rumah!

Selain menimbulkan rasa geli, cicak juga dikatakan mengandungi bakteria yang tidak elok.

Sebut sahaja cicak pasti akan membuatkan sesetengah orang merasa geli.

Ia bukan sahaja reptilia yang lembik malah ia mempunyai bunyi yang agak merimaskan.

Namun tahukah anda cicak juga dikatakan boleh jadi sumber penyakit, kerana di badannya ada bakteria yang tidak elok.

Bagaimanapun ada di antara kita masih tertanya-tanya, bagaimana hendak menghalau cicak ini daripada rumah.

Menurut Kompas.com, ini 5 cara yang mudah anda boleh lakukan untuk halau cicak yang berkeliaran di rumah

1. Kulit telur

Selepas menggunakan telur untuk dimasak, kulit telur tersebut jangan dibuang sebaliknya ia boleh diletak berdekatan dengan tempat cicak itu selalu muncul. Tak perlu bersihkan kulit telur itu, biarkan kulit itu bersama baunya tersendiri. Menurut home and decor, cicak memang tidak suka bau telur ayam.

2. Bawang putih

Selain telur ayam, anda juga boleh gantungkan beberapa ulas bawang putih di pintu masuk atau meletakkan potongan bawang tersebut di pelbagai tempat. Difahamkan ia juga dapat menghalau cicak kerana bawang putih mempunyai bau aroma pedas.

3. Kapur Barus

Kapur barus sebenarnya membantu disebabkan aroma pelik daripada kapur barus itu boleh mengalihkan perhatian cicak, sekaligus dapat menghalau reptilia itu. Bukan sahaja cicak, serangga lain pun akan lari.

4. Serbuk Kopi

Bagi kita, bau kopi sangat sedap, tapi tidak pada cicak. Bila kopi dicampurkan dengan serbuk tembakau, ianya boleh menjadi racun pada cicak. Gabungan kopi dan tembakau sangat berkesan untuk menghalau binatang ini.

5. Air Sejuk

Untuk pengetahuan anda, cicak merupakan reptilia berdarah sejuk. Sebagai haiwan berdarah sejuk, cicak tidak pernah serasi dengan suhu sejuk.

Kelemahan mereka inilah yang perlu kita amalkan.

Kalau nampak sahaja cicak dekat dinding, sembur reptilia ini dengan air sejuk dan kemungkinan besar haiwan ini tak akan datang lagi ke kawasan tersebut.

Jika ada sedar jika bilik ada pendingin hawa pasti jarang ada cicak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]