LHDN: Rayuan geran khas Prihatin untuk PKS boleh dibuat sebelum 15 Jun

Geran khas Prihatin merupakan peruntukan khas sebanyak RM2.1 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana mikro secara ‘one-off’ berjumlah RM3,000 untuk memulakan semula perniagaan.

PUTRAJAYA: Pemohon geran khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan boleh membuat permohonan rayuan sebelum atau pada 15 Jun melalui portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, permohonan rayuan akan diberikan pertimbangan sewajarnya dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun.

“Bagi permohonan rayuan yang diluluskan, pembayaran GKP dijangka akan dibuat mulai 29 Jun,”katanya.

GKP merupakan peruntukan khas sebanyak RM2.1 bilion yang disediakan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro bagi memberi bantuan kewangan secara ‘one-off’ berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro memulakan semula perniagaan.