Brazil terpaksa gali kubur lama bagi kebumi mayat mangsa Covid-19 kini cecah 41,000

Mayat yang sudah lama disemadikan digali dan tulang disimpan dalam bekas logam besar sebelum dihantar ke beberapa perkuburan lain. (Gambar AP)

Angka korban di Brazil terus meningkat sehingga mencecah lebih 41,000 dan ia satu keadaan yang agak membimbangkan.

Bagaimanapun penduduk di sana terpaksa akur dengan tahap serius yang melanda ekoran pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, kubur lama terpaksa digali semula bagi “memberi laluan” kepada mangsa yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Bandar terbesar di Brazil, iaitu Sao Paulo, kini mengosongkan ruang di perkuburannya dengan menggali mayat yang sudah lama disemadikan, dan menyimpan tulang-tulang mereka di dalam bekas logam besar sebelum dihantar ke beberapa perkuburan lain.

Brazil sehingga kini mencatatkan sebanyak 41,828 kes kematian angkara wabak itu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.

Brazil merupakan negara Amerika Latin yang paling tinggi merekodkan kes positif Covid-19, dengan lebih daripada 828,000 kes positif yang dilaporkan sehingga kini.

Negara tersebut kini berada di tangga kedua selepas Amerika Syarikat yang mencatatkan angka korban tertinggi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]