Tak berhati perut, kucing dikurung dalam sangkar sebagai hidangan eksotik berjaya diselamatkan

700 ekor kucing dikurung di dalam beberapa sangkar simpanan ayam dalam keadaan kelaparan dipercayai diseludup. (Gambar Twitter)

Baru-baru ini tersebar rakaman sebuah video menunjukkan ratusan kucing dikurung di dalam sebuah sangkar kecil untuk dijadikan makanan bagi penggemar hidangan eksotik.

Bagaimanapun kesemua kucing tersebut berjaya diselamatkan hasil aduan dan maklumat orang awam.

Kesemua kucing itu ditemui disimpan dekat belakang sebuah hotel murah di Linfen, wilayah Shanxi barat daya China.

Menurut aktivis haiwan, Ms Li dia bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati 700 ekor kucing dikurung di dalam beberapa sangkar simpanan ayam dalam keadaan kelaparan.

“Kesemua kucing ini menunggu untuk diberi makan. Bantu haiwan ini,” kata Ms Li dalam rakaman video tersebut.

Klip video itu kemudian dikongsi di Weibo sebelum mendapat perhatian polis.

Difahamkan kucing tersebut dicuri dan diseludup secara haram oleh sindiket penyeludupan haiwan.

Kesemua kucing tersebut bagaimanapun sudah dikeluarkan dari sangkar sempit itu.

Sehingga hari ini, hanya 2 bandar di China mengharamkan makan anjing dan kucing sejak perintah berkurung akibat Covid-19 dilaksanakan di negara itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]