Mungkinkah berlaku gelombang kedua selepas pasar di Beijing diarah tutup serta merta?

2 lelaki bekerja di pusat penyelidikan daging berkunjung ke Pasar borong Xinfadi dan didapati positif Covid-19 kini diarah tutup. (Gambar AP)

Pihak berkuasa Beijing, China menutup pasar borong pertanian utama selepas mendapati berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang ditularkan di bandar ini sejak 3 hari lalu.

Pasar borong Xinfadi ditutup pada Sabtu setelah 2 lelaki yang bekerja di pusat penyelidikan daging dan baru-baru ini mengunjungi pasar tersebut, dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Tidak ada maklumat yang menjelaskan bagaimana kedua-dua lelaki itu dijangkiti wabak tersebut.

Namun ketika ini, China mula bimbang dengan kemungkinan akan berlaku gelombang kedua Covid-19 ketika banyak negara lain mula menunjukkan penurunan kes.

Pihak berkuasa Beijing sebelumnya menghentikan perdagangan daging lembu dan kambing di Pasar Xinfadi, selain menutup pasar borong lain di sekitar bandar.

Bimbang dengan risiko penyebaran virus itu, sebuah pasar raya besar di Beijing mengeluarkan salmon dari simpanannya setelah virus yang menyebabkan Covid-19 ditemui di papan pemotong yang digunakan untuk mengimport ikan salmon di pasar.

Menurut pihak berkuasa Beijing, lebih daripada 10,000 orang di pasar tersebut dilaporkan akan menjalani ujian Covid-19.

Kerajaan juga dilaporkan membatalkan rancangan untuk membuka semula sekolah pada hari Isnin bagi pelajar kelas satu hingga tiga kerana kes baru tersebut.

Pihak berkuasa kesihatan turut mengunjungi kediaman seorang wartawan Reuters di Daerah Dongcheng, Beijing bagi mengenal pasti sama ada dia ada mengunjungi pasar Xinfadi iaitu kira-kira 15km.

Sehingga kini China melaporkan 11 kes baru Covid-19 dan 7 kes tanpa gejala.

Selain itu, 6 kes lagi disebarkan secara tempatan disahkan di Beijing.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC) dalam satu kenyataan 5 daripada pesakit baru Covid-19 kes import yang melibatkan pelancong dari luar negara.

6 kes penghantaran tempatan berlaku di Beijing.

NHC turut melaporkan 7 kes yang disahkan dan satu kes tanpa gejala sehari sebelumnya.

Setakat ini, jumlah kes Covid-19 di China telah mencapai 83,075 sementara jumlah kematian tidak berubah, 4,634 orang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]