Nickelodeon cetus kontroversi umum Spongebob SquarePants merupakan karakter gay

Selain Spongebob, 2 lagi karakter yang turut diumumkan gay merupakan watak Schwoz Schwartz dan Korra. (Gambar Twitter Nickelodeon)

Kartun animasi Spongebob SquarePants sememangnya diminati kebanyakan orang tanpa mengira usia.

Bagaimanapun pengumuman terbaru saluran Nickelodeon mengenai seksualiti watak kartun popular itu ternyata mengejutkan ramai.

Menerusi pengumuman pada Ahad, saluran itu mengakui Spongebob merupakan satu karakter gay.

Selain Spongebob, dua lagi karakter yang turut diumumkan dalam tweet sama merupakan watak Schwoz Schwartz dari Henry Danger dan Korra dari the Legend of Korra.

Dalam pengumuman itu, Nickelodeon turut menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbalahan orang ramai.

Rata-rata pelayar Twitter memberikan reaksi berbeza mengenai pengumuman itu.

Ada yang menerimanya tak kurang juga yang mencemuh dan ia disifatkan sebagai membelakangi ciptaan asal karakter itu.

“Pencipta watak sudah nyatakan Spongebob bukan gay. Sekarang bila penciptanya mati, Nickelodeon tampil dengan perkara ini. Ia mengarut,” tulis seorang individu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]