Pra-sekolah, tabika buka bermula 1 Julai

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pra-sekolah swasta dan awam dan taman bimbingan kanak-kanak awam dibuka bermula 1 Julai

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaacob berkata tatacara operasi standard yang terperinci akan diumumkan Kementerian Pendidikan kelak.

“SOP lengkap sebelum kemasukan pelajar, sewaktu mereka belajar di kelas, dan begitu juga waktu pulang. SOP mengenai cara mereka bermain, waktu makan, dan semuanya lengkap,” katanya pada sidang media hari ini.

Pembukaan ini melibatkan 6,216 pra-sekolah awam dan 7,887 pra-sekolah swasta, serta 1,781 tabika bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tabika bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.