Gara-gara ‘lockdown’, berat badan naik mendadak sehingga 102kg

Gara-gara tidak keluar rumah kerana mahu mengelakkan jangkitan Covid-19, seorang lelaki di Wuhan, wilayah Hubei, China dilaporkan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 102kg dalam tempoh 5 bulan.

Lelaki dikenali sebagai Zhou itu terpaksa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans pada awal bulan lalu selepas dia jatuh sakit akibat berat badan meningkat secara mendadak dan kini mencecah 297kg.

Zhou yang bekerja di sebuah kafe internet mula duduk di rumah sejak langkah lockdown dilaksanakan pada akhir Januari hingga 8 April lalu.

Rakaman yang dikeluarkan Zhongnan Hospital of Wuhan University menunjukkan beberapa kakitangan perubatan memeriksa Zhou sejurus dia dimasukkan ke hospital pada 1 Jun lalu.

Lelaki tersebut dipercayai bergelut dengan masalah berat badan dan pernah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]