Peguam hak asasi dipecat dari majlis perundingan kementerian

Peguam hak asasi, Eric Paulsen.

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini mengumumkan peguam hak asasi, Eric Paulsen bukan lagi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Kementerian dalam kenyataan berkata keputusan itu tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang baru ditubuhkan pada 9 Jun.

“Ia akan terus berperanan membincang dan menasihati Kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat KKMM,” katanya.

Pemimpin Umno dan PAS pernah berkata Paulsen tidak sesuai menganggotai majlis itu, menuduh beliau membuat kenyataan sensitif terhadap pihak berkuasa Islam.