Rais Yatim, Idris Ahmad, Zahid Md Arip angkat sumpah senator

Dari kiri Senator Idris Ahmad, Senator Sheikh Radzi Sheikh Ahmad, Senator Rais Yatim, Senator N Balasubramaniam, dan Senator Muhammad Zahid Md Arip.

KUALA LUMPUR: Ketua PPBM Negeri Sembilan, Rais Yatim, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Zahid Md Arip antara 5 individu yang mengangkat sumpah senator di Dewan Negara hari ini.

Mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, SA Vigneswaran, mereka akan memegang jawatan itu selama 3 tahun.

Mereka merupakan lantikan baru Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah.

Selain mereka, Sheikh Radzi Sheikh Ahmad dari PPBM dan Ketua Dewan Penyokong PAS, N Balasubramaniam.

“Ini peluang baru untuk YB menabur bakti kepada negara,” kata Vigneswaran dalam ucapannya hari ini.