Bintang K-Pop Top Secret, Yohan meninggal dunia

Gambar terakhir yang dimuat naik oleh Yohan 2 minggu lalu pada akaun Instagramnya.

Ahli kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yohan, disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Menurut laporan Koreaboo punca kematian Yohan, 28, bagaimanapun tidak didedahkan.

Agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Kami bawa khabar mendukacitakan. Ahli TST, Yohan, meninggal dunia pada 16 Jun.

“Keluarga mendiang amat sedih ketika ini. Kami minta pihak media agar hentikan penyebaran khabar angin dan spekulasi berhubung punca kematiannya.”

Mendiang membuat kemunculan pertama pada 2015 bersama kumpulan NOM sebelum menyertai TST pada 2017.

Terbaru TST mengeluarkan album “Countdown” pada Januari lalu.

Gambar terakhir yang dimuat naik oleh Yohan 2 minggu lalu pada akaun Instagramnya yang kini dipenuhi dengan komen penghargaan daripada peminatnya.

Peminat juga berkongsi ulang tahun kelahiran mendiang pada 16 April lalu.

Upacara pengebumiannya akan berlangsung di Tanah Perkuburan Taman Katolik Yongin pada 18 Jun ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]