WhatsApp bakal perkenalkan 5 fungsi baru pasti buat pengguna teruja

Sokongan pelbagai peranti akan membolehkan pengguna log masuk ke akaun WhatsApp mereka lebih daripada satu peranti pada masa yang sama.

Aplikasi WhatsApp sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat seluruh dunia.

Penggunaannya sangat meluas kerana ia menghubungkan semua orang dengan pelbagai cara.

Dianggarkan dengan lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia, WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan pesanan paling popular di dunia.

Platform ini kerap dikemas kini dengan ciri-ciri baru bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman penggunaan yang terkini.

Jika sebelum ini, WhatsApp melancarkan Dark Mode, meningkatkan had panggilan suara dan video bagi group call daripada 4 ke 8 orang, kini aplikasi itu sekali lagi sedang berusaha meningkatkan lagi beberapa ciri baru.

Difahamkan ini merupakan 5 fungsi terbaru yang pasti akan menggembirakan pengguna.

1. Sokongan pelbagai peranti

WhatsApp mengambil masa berbulan menguji sokongan pelbagai peranti.

Setelah diaktifkan, ia akan membolehkan pengguna log masuk ke akaun WhatsApp mereka lebih daripada satu peranti pada masa yang sama.

Pada masa ini, pengguna hanya dibenarkan log masuk ke akaun WhatsApp mereka pada satu peranti sahaja.

Setelah akaun yang sama di log masuk ke peranti lain, ia akan keluar dari peranti pertama secara automatik.

2. WhatsApp kod QR

Satu lagi ciri baru yang sedang diusahakan ialah pengguna boleh menambah kenalan baru hanya dengan mengimbas kod QR.

Pengguna akan dapat memaparkan kod QR kenalan mereka sendiri serta mengimbas kod QR orang lain untuk menambahkannya ke kenalan mereka.

Ciri ini sudah tersedia dalam versi beta dari platform Android dan iOS dan dijangka akan dilancarkan dalam waktu terdekat.

3. Self-destructing messages

Ini satu lagi ciri yang sudah lama digunakan. Sama seperti WhatsApp Stories atau Status yang akan hilang selepas 24 jam, pengguna akan dapat menghantar mesej yang akan hilang secara automatik setelah selesai jangka waktu yang ditetapkan.

“Self-destructing messages” diubah namanya menjadi Hapus Mesej dan dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Pengguna akan dapat memaparkan kod QR kenalan mereka sendiri serta mengimbas kod QR orang lain untuk menambahkannya ke kenalan mereka.

4. In-app browser

WhatsApp turut membangunkan fungsi carian dalam aplikasi. Pengguna yang menekan sambungan link tidak akan dibawa ke mana-mana web browser lagi. Ciri ini dapat meminimumkan masa untuk membuka link tersebut.

Ciri ini telah digunapakai oleh aplikasi lain seperti Twitter dan LinkedIn.

5. Last Seen untuk kenalan tertentu

Antara ciri paling menarik yang sedang dibangunkan WhatsApp adalah “last seen” untuk kenalan tertentu sahaja.

Hanya kenalan yang terpilih sahaja dapat melihat status “last seen” tersebut, dan anda boleh tetapkan bilangan kenalan yang dipilih itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]