5 checklist penting sebelum pergi bercuti

Sebaik sahaja Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat Malaysia boleh melakukan percutian dalam negara dan rentas negeri, sudah pasti semua orang mula berkira-kira hendak pergi melancong.

Pastinya sebuah percutian yang menarik menjadi impian semua lebih-lebih lagi apabila perintah kawalan pergerakan yang selama ini berlangsung selama 3 bulan tanpa kita boleh bergerak ke mana-mana.

Pasti anda inginkan percutian yang boleh tenangkan fikiran dan hilangkan stress.

Tetapi sebelum bercuti, apa yang paling penting ialah sebuah percutian itu perlulah dirancang dengan betul supaya selaras dengan bajet yang ingin dikeluarkan.

Barulah dapat bercuti dengan tenang dan aman.

Jom semak 5 perkara penting sebelum pergi bercuti.

1. Destinasi untuk bercuti

Ini perkara paling penting yang anda perlu tahu sebelum pergi bercuti. Dengan adanya destinasi yang ingin anda tuju pasti anda boleh merancang segalanya seperti aktiviti yang ingin dilakukan di sana dan juga bajet perbelanjaan yang akan anda belanjakan di sana.

Jika anda mempunyai bajet yang seminima mungkin, tidak salah untuk anda memilih pergi bercuti ke tempat seperti air terjun ataupun pulau-pulau yang berdekatan dengan negeri anda. Sesiapa yang gemarkan waterpark pasti air terjun atau pulau boleh dijadikan destinasi gantian kerana semua sedia maklum yang waterpark masih ditutup untuk awam.

2. Buat tempahan awal

Anda perlu membuat tempahan awal seperti tempat penginapan atau pengangkutan yang ingin digunakan di destinasi tersebut, anda pasti dapat berjimat lebih kerana anda akan mendapat harga yang lebih murah daripada biasa.

Bagi mereka yang selalu pergi bercuti pastinya anda tahu bagaimana rate harga ditentukan berdasarkan tarikh atau waktu yang ingin anda tuju. Kebiasaannya jika anda membuat tempahan lewat harga akan lebih tinggi.

3. Senarai aktiviti

Bagi melancarkan percutian anda, tentatif dan itinerari perkara penting yang anda perlu siapkan sebelum memulakan percutian. Ini akan memudahkan perjalanan anda dan melancarkan segala rancangan anda.

Selain itu, dengan adanya perintah kawalan ini, anda juga boleh senaraikan awal-awal tempat apa yang boleh dilawati, aktiviti apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan. Ini akan lebih memudahkan anda. Selain menggunakan agensi pelancongan, merancang sendiri perjalanan akan menjadikan masa lebih fleksibel.

4. Senarai barang keperluan

Sediakan senarai barang 2 minggu sebelum anda pergi bercuti. Ini penting supaya anda tidak tertinggal segala barangan keperluan dan barangan penting yang harus anda bawa bersama ketika pergi bercuti. Perkara ini juga dapat menjimatkan masa ketika sampai ke destinasi.

Jangan lupa untuk bawa ubat-ubatan yang perlu. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi ketika sedang bercuti kan.

5. Duit perbelanjaan

Setiap percutian memerlukan duit perbelanjaan yang agak banyak. Jika anda sudah mempunyai rancangan destinasi yang hendak dituju, anda bolehlah mula menyimpan duit.

Anda perlulah mengambil kira semua termasuk penginapan, pengangkutan, makanan, dan juga kecemasan.

Selain itu, anda juga boleh bertanya dengan penduduk tempatan bagi mendapatkan informasi lebih berkenaan tempat tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]