Undertaker umum bersara dari WWE, peminat ucap terima kasih untuk pengalaman ‘menakutkan’

Undertaker telah beraksi di dalam gelanggang sejak dia membuat aksi sulung WWF pada tahun 1990. (Gambar Twitter)

Bintang WWE, The Undertaker mengumumkan pengunduran dirinya setelah mendakwa “tidak ada lagi yang mahu dicapai” di gelanggang.

Ahli gusti berusia 55 tahun itu membuat pengumuman dalam episod terakhir siri dokumentari “The Last Ride”.

Undertaker telah beraksi di dalam gelanggang sejak dia membuat aksi sulung WWF pada tahun 1990.

Tetapi bintang itu mendakwa, “Saya berada di satu titik, di mana sudah tiba masanya koboi ini benar-benar melarikan diri. Tidak ada yang tersisa untuk saya menakluk atau mencapainya,” katanya seperti dilaporkan oleh Mirror.

Katanya gelanggang ini sudah mula berubah setiap tahun dan dia mahu melihat seorang hero baru muncul.

“Dokumentari ini telah membantu saya mengetahui hal itu dan membuka mata saya terhadap gambaran yang lebih besar dan tidak menilai diri saya sekeras ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya boleh melakukan lebih banyak kebaikan di luar gelanggang daripada yang saya dapat di dalamnya. Saya akhirnya berada di tempat di mana saya dapat menerimanya.”

Berita tentang persaraan Undertaker juga mendapat beberapa reaksi daripada media sosial.

Kebanyakan peminat mengucapkan terima kasih kepada Undertaker untuk kenangan sewaktu kecil.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]