Guna Google Map cari ‘port’ memancing tapi jumpa objek seakan kapal karam

3 nelayan terkejut apabila nampak objek seakan kapal karam ketika sedang cari lubuk ikan. (Gambar Twitter)

Hasrat nelayan untuk mencari lubuk terbaik memancing ikan bertukar menjadi lain apabila aplikasi Google Map yang digunakan terlihat sebuah objek seperti kapal yang sudah karam.

Kejadian ini berlaku di Pantai Sukabumi, Jawa Barat apabila 3 nelayan yang hendak memancing di laut selatan Sukabumi.

Menurut laporan Kompas.com ketiga-tiga nelayan adalah penduduk dari Kampung Parung Baliung, Desa Cijalingin, Kecamatan Cicantayan itu terkejut apabila menjumpai imej seakan kapal karam.

Gambar ini tersebar dan menjadi viral dalam kalangan penduduk tempatan sejak Jumaat lalu.

Menurut Sumber, pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polri dan pasukan Search And Resque (SAR) telah dikerahkan untuk melakukan siasatan dan pemeriksaan di lokasi penampakan kapal karam tersebut.

Bagaimanapun, menerusi laporan portal berkenaan, masih belum ada maklumat terbaru berhubung objek tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]