9 filem hebat yang akan ditayangkan di pawagam bermula 1 Julai 2020

Selepas kerajaan mengumumkan pawagam dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai ini, ia ternyata satu berita menggembirakan kepada semua peminat filem.

Sejak pawagam ditutup 18 Mac lalu bermakna sudah 3 bulan pawagam kegemaran anda tidak menerima kunjungan kaki wayang.

Pembukaan pawagam juga tidak terlepas daripada SOP yang akan dikeluarkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

Tetapi seperti juga pawagam di luar negara, penjarakan sosial dengan berselang tempat duduk antara penonton adalah norma baru yang perlu diikut.

Jadi tidak mustahil “couple seat” tidak akan ada dibenarkan buat sementara waktu.

Berikut senarai filem yang bakal ditayangkan Julai ini.

1. TENET

2. Train To Busan: Peninsula

3. MULAN

4. My Hero Academia: Heroes Rising

5. Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna

6. Unhinged

7. Intruder

8. Low Season

9. kaiji: Final Game

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]