Anak Mat Sabu kena 8 bulan penjara kerana salah guna dadah

Ahmad Saiful Islam.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini mengenakan hukuman penjara 8 bulan ke atas anak bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu kerana penyalahgunaan dadah.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim berkata Ahmad Saiful Islam gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

“OKT (orang kena tuduh) juga tidak mengaku. Patutnya mengaku, jimat masa dan kos,” katanya.

Beliau juga memerintahkan Saiful menjalani hukuman penjara mulai hari ini, menolak permohonon peguamnya, Nasar Khan yang memohon hukuman digantung sementara menunggu rayuan selesai.

Saiful ditahan polis pada Januari tahun lepas selepas didakwa positif ganja di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang.