Padah anjur sambutan hari jadi, 17 tetamu disahkan positif Covid-19

Penganjur majlis disahkan positif pada 15 Jun lalu dan sehingga hari ini, 17 individu lain turut disahkan positif Covid-19.

Meskipun penularan pandemik Covid-19 masih belum berakhir namun ramai yang degil dan tidak mengikut segala saranan kerajaan.

Terbaru, seorang wanita di Jharsuguda, Odisha, India, menganjurkan sambutan hari lahir anaknya dengan melanggar arahan kerajaan untuk tidak mengadakan sebarang majlis.

Akibatnya, 17 tetamu yang hadir kini dijangkiti Covid-19.

Wanita itu bersama keluarganya pulang dari Gurugram pada 6 Jun dan perlu menjalani sesi kuarantin 14 hari.

Namun, dia sendiri tidak menghiraukan arahan itu dengan menganjurkan acara sambutan hari lahir.

Wanita itu kemudiannya diuji positif pada 15 Jun lalu dan sehingga hari ini, 17 individu lain turut disahkan positif.

Malah, pihak berkuasa kini masih menjalankan pengesanan kontak rapat dengan kes tersebut.

Kawasan itu juga sudah diisytiharkan sebagai zon bahaya akibat kes berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]