Kluster kelab malam antara punca gelombang kedua Covid-19 di Korea Selatan

17 jangkitan baru direkodkan dari kelompok yang berlainan di pejabat dan gudang besar dalam tempoh 24 jam. (Gambar AP)

Selepas berjaya menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam menangani pandemik Covid-19, kini Korea Selatan dilaporkan sedang menghadapi gelombang kedua wabak tersebut.

Sebelum ini, negara tersebut berjaya mengawal penularannya tanpa perlu melaksanakan arahan “lockdown” di kawasan terjejas.

Namun kini, pakar menjangkakan pandemik itu akan kembali berterusan untuk beberapa bulan lagi selepas negara itu menerima kenaikan kes harian.

Ketua Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun-kyeong berkata gelombang pertama sebelum ini berlangsung hingga April.

Namun sejak Mei, kelompok kes baru telah meningkat termasuk kluster baru di kelab malam di ibu kota, Seoul.

Di antara tempoh tersebut, kes yang disahkan setiap hari telah menurun dari hampir seribu menjadi sifar jangkitan yang dicatatkan selama 3 hari berturut-turut.

Namun menurut Jung sejak Isnin lalu 17 jangkitan baru telah direkodkan dari kelompok yang berlainan di pejabat dan gudang besar dalam tempoh 24 jam.

Sehubungan itu, dengan peningkatan kes baru-baru ini merumuskan negara itu berada dalam fasa gelombang kedua virus itu.

Malah, dia menjangkakan gelombang kedua ini akan berlanjutan lebih lama.

Sehingga kini, KCDC mengatakan gelombang pertama Korea Selatan tidak pernah berakhir.

Tetapi apa yang dapat dilihat permulaan gelombang jangkitan baru yang difokuskan di wilayah Seoul yang lebih besar, yang sebelumnya hanya melihat beberapa kes.

Isnin lalu, Daejeon mengumumkan larangan perjumpaan di ruang awam seperti muzium dan perpustakaan setelah sejumlah kumpulan virus kecil ditemui.

Datuk Bandar Seoul juga memberi amaran ibu kota itu mungkin terpaksa kembali kepada penjarakan sosial yang lebih ketat.

Sekiranya kes harian melebihi 30 kes dalam masa 3 hari dan kadar pesakit yang menetap di hospital di bandar melebihi 70% maka sesuatu yang serius perlu dilakukan.

Korea Selatan sebelum ini hanya bergantung kepada langkah-langkah penjarakan sosial yang dilakukan secara sukarela oleh rakyat mereka.

Selain itu, mereka turut melakukan ujian dan mengesan kontak pesakit dengan lebih agresif bagi memerangi virus itu.

Seramai 280 orang meninggal dunia sejak negara itu melaporkan kes pertama pada 20 Januari.

Secara keseluruhan, lebih daripada 12,000 jangkitan telah direkodkan dan masih terdapat 1,277 kes aktif di negara itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]