Bukan Gucci bukan LV tapi ia beg daripada plastik Hup Seng dan Gardenia semakin trending

Salah satu beg rekaan daripada plastik roti Gardenia.

Semua orang di negara ini sudah pasti dibesarkan dengan biskut jenama biskut Hup Seng dan roti Gardenia.

Ia sudah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja makanan ruji malah ia juga menjadi snek kegemaran.

Namun kini ia menjadi aksesori fesyen yang menarik perhatian ramai.

Seorang pereka fesyen di Johor berjaya menghasilkan beg tangan menggunakan plastik bungkusan kedua-dua jenama popular itu.

Aksesori daripada Wan’s Handmade ini menjadikan plastik bungkusan itu kepada sebuah beg tangan yang cukup kreatif dengan stail vintage.

Wong Liwan, pereka fesyen dari Batu Pahat ini yang berusia 31 tahun juga membuat kostum, beg dan anak patung.

Katanya kepada FMT, dia belajar menjahit dari usia muda dan bahkan seluruh keluarganya terlibat dalam industri pembuatan tekstil.

Beg rekaan daripada plastik biskut Hup Seng ini menjadi trending di kalangan netizen.

Mahu dikenali sebagai Wan, dia kemudiannya meneruskan pengajian dalam perniagaan dan pemasaran fesyen sebelum bekerja sebagai pereka fesyen di Singapura.

Pada 2014, pereka inovatif ini memutuskan untuk menubuhkan jenama sendiri iaitu WAn’s Handmade dan sejak itu beliau seringkali tampil dengan hasil ciptaannya sendiri.

Katanya idea itu asalnya daripada “Plastic Reborn Workshop” yang diadakan oleh kumpulan teater di Johor Bahru yang dikenali sebagai “Blackroom Illustration and Theatre” pada 2017.

Dia dijemput untuk mengadakan bengkel mengenai plastik dan mendidik kanak-kanak sekolah mengenai konsep penggunaan dan kitar semula.

“Saya suka gaya klasik dan vintaj dan apa yang lebih klasik daripada Hup Seng dan Gardenia? Ini kerana kedua-dua makanan ini mempunyai kenangan indahnya yang tersendiri bagi setiap rakyat Malaysia dan enak untuk dimakan,” kata Wan kepada FMT.

Selepas koleksi beg tangan Hup Seng Cream Crackers tular di Facebook, dia menerima banyak tempahan dan komen yang positif daripada netizen.

Perkongsian di Facebook itu menerima lebih 4,000 perkongsian yang kebanyakannya berminat untuk mendapatkan beg tangan tersebut.

Beg duit wang kecil ini juga direka oleh Wong Liwan.

Selain daripada plastik bungkusan Hup Seng Cream Crackers dan Gardenia, dia turut menggunakan bungkusan roti jenama Massimo untuk rekaan yang lain.

Graduan daripada Singapore’s Nanyang Academy ini memberitahu beg plastik daripada Plastic Reborn Project ini berharga dari RM79 ke atas sementara ciptaannya yang lain dijual antara RM15 hingga RM200.

Wan turut menamakan koleksi terbarunya ini sebagai Anastasia

Koleksinya terdiri daripada klac, beg tangan atau beg silang.

Manakala bagi pouch bag dan crossbody, Wan menggunakan plastic Gardenia.

Wan sebelum ini turut menggunakan plastik Mister Potato and Lays dalam rekaannya.

“Saya terharu kerana mendapat sokongan yang sangat luar biasa. Saya sangat berterima kasih kepada semua orang,” kata Wan dalam nada gembira.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]