YouTube dijangka perkenal fungsi muat naik video pendek seperti TikTok dalam masa terdekat

YouTube dijangka memperkenalkan fungsi baru khusus untuk video pendek seperti aplikasi popular TikTok.

Syarikat milik Google itu dikatakan sedang menguji fungsi baru yang membenarkan video berdurasi 15 saat dikongsi oleh penggunanya.

Perkara itu mula diperkatakan sejak April lalu selepas timbul laporan YouTube mahu memperkenalkan aplikasi seperti TikTok yang menjadi kegilaan anak muda masa kini.

Namun, tidak dapat dipastikan jika ia bakal dlengkapi fungsi sokongan muzik dan filter sebagaimana yang diperkenalkan menerusi TikTok.

Pada masa ini, hanya sebilangan pengguna Android dan iOS boleh menggunakan fungsi percubaan itu yang belum lengkap sepenuhnya.

“Kami sedang menguji cara baharu pembangun kandungan merakam beberapa klip terus ke YouTube secara terus menggunakan aplikasi dalam telefon sebagai satu video,” ujar YouTube menerusi laman web mereka.

Pihak YouTube juga sedang mengumpul ulasan dan respon mereka yang terpilih mengenai ujian itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]