Restoran perkenal konsep makan dalam bebola plastik gergasi untuk pelanggan elak Covid-19

Konsep makan dalam bebola plastik gergasi akan diperkenalkan bermula bulan depan. (Gambar Twitter)

Di saat seluruh dunia berusaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19, banyak normal baru kehidupan yang perlu kita amalkan.

Selain menggunakan topeng dan hand sanitizer, penjarakan sosial antara satu sama lain disifatkan sebagai antara yang paling penting perlu dilakukan.

Itulah inisiatif terbaru yang dilakukan sebuah restoran di King’s Lynn, Norfolk, London dengan memperkenalkan konsep makan dalam bebola plastik gergasi.

Ia akan diperkenalkan bermula bulan depan dan sehingga kini restoran itu sudah mencapai had tempahan sehingga akhir bulan Ogos.

Menurut tukang masak restoran, Joshua Green, konsep itu membolehkan pelanggan makan tanpa rasa bimbang dan lebih selamat.

“Jika mereka bimbang untuk datang, mereka boleh duduk di dalam bebola plastik itu.

“Ia juga kalis hujan dan ada sistem pencahayaan,” ujarnya.

Jika cuaca sejuk pula, restoran itu turut menawarkan sistem pemanasan badan dalam setiap bebola itu buat pelanggannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]